Pengenalan Program Tone Plus

Telah begitu lama saya tak menulis di blog ini. Sibuk dengan aktiviti pemasaran secara ‘Offline’. Tone Plus terus meletop-letop di pasaran.
Namun begitu, pada waktu ini saya sedang dalam proses kemaskini blog ini. Blog ini sedang dijenamakan semula sebagai blogKamaruzamanZainal.com . Setelah 4 tahun, guna nama sendiri lah pulak🙂
Sementara itu, saya telah siapkan 1 video pengenalan program Tone Plus. Harap jangan komen banyak-banyak. Ini video pertama saya… Hehhehe..
Yang lain akan menyusul… Selamat menonton. TQ
Posted in PELUANG BUAT DUIT!Program Tone Plus,Uncategorized | Tagged  |Leave a comment

Apa Beza Tone Excel dan Tone Plus? Nak Join Program Mana? (2)

Sejak saya menulis tentang tajuk  – Apa Beza Tone Excel dan Tone Plus, Nak Join Program Mana? pada 23 Mei 2013, artikel tersebut telah menjadi artikel paling popular di blog ini sejak 2 tahun kebelakangan.
Namun, kini terdapat beberapa perubahan polisi syarikat yang serius yang perlu saya kemaskini.
Pertamanya, harga kad SIM Tone Excel dan Tone Plus telah pun berubah kepada RM93.00. Seterusnya GST 6% sebanyak RM5.58. telah dikenakan menjadikan harga pakej mula ‘Starter Pack’ adalah RM98.58. Harga tersebut adalah untuk Kad SIM generasi 3G. Bagi kad SIM generasi 4G pula harganya adalah  RM98.00 dan GST 6% adalah  RM5.88 menjadikan harga akhirnya adalah RM103.88.
Bagi belian kedua dan seterusnya bagi ahli Tone Excel adalah sama RM98.60 namun bagiahli Tone Plus harga belian kedua dan seterusnya adalah RM78.58 (3G) dan RM83.88 (4G).
Keduanya, pada 1 hb Ogos 2016, syarikat penganjur Tone Group telah menetapkan bahawa pengguna program hanya boleh memilih satu program sahaja untuk diusahakan. Ini bermakna ahli Tone Excel tidak boleh menyertai Tone Plus begitu juga sebaliknya.
Bagi mereka yang telah mendaftar kedua-dua program sebelum 1 hb Ogos 2016, syarikat tiada halangan untuk mereka meneruskan kedua-dua program. Ini termasuk saya yang mempunyai akaun di Tone Plus dan Tone Excel. Kira mereka yang ada kedua-dua akaun ni sebagai ahli ‘‘Eksklusif” lah tu..
Namun, syarikat memberikan kebenaran  untuk mereka yang akaunnya  dalam sesuatuprogram telah ‘tamat’ (expired) lebih 3 bulanuntuk menjadi ahli sesuatu program anjuran Tone Group yang lain. Contohnya, kad SIM sesorang ahli Tone Excel yang telah tamat tempoh dimana talian tidak boleh digunakan lagi walaupun ia di Top Up maka, kiraan 3 bulan dikira daripada tarikh tersebut mula berlaku. Pengguna tersebut hanya boleh menyertai Tone Plus selepas tempoh 3 bulan tersebut. Begitu juga sebaliknya bagi pengguna Tone Plus yang ingin menyertai Tone Excel.
Ini menjadikan bagi orang baru, pemilihan untuk memasuki mana-mana program lebih kritikal. Tiada lagi option! Anda perlu memilih salah satu! Silap pilih, anda menyesal!!
So, buatlah keputusan dengan betul. Apabila anda didatangi oleh mana-mana ahli dari mana-mana program, sila semak dahulu kedua-dua program. Jangan main daftar sahaja walaupun anda ditawarkan keahlian murah atau PERCUMA sekalipun!
Kebelakangan ini, saya merasa kesal apabila ada ahli-ahli satu program yang ingin buat program lagi satu terpinga-pinga marah kerana mereka tidak didedahkan tentang kedua-dua program apabila mendaftar. Mereka hanya diberitahu tentang satu program sahaja dan diminta terus mendaftar. Jadi peluang untuk buat program kedua telah tertutup. Mereka hanya punya satu jalan keluar sahaja, iaitu mematikan program yang ada, tunggu 3 bulan dan sertai program yang baru. Kan menyusahkan tu!
Bagi anda yang ingin tahu tentang perbezaan kedua-dua program Tone Excel dan Tone Plus, sila baca artkel-artikel di blog ini.

Dream BIG and Keep It SIMPLE!

Posted in Program Tone ExcelProgram Tone Plus,Uncategorized | Tagged , | Leave a comment

Cabaran Kekalkan Nombor Lama

Apabila anda sertai program Tone Excel atau Tone Plus, anda memanglah amat digalakkan untuk mengekalkan nombor lama. Ini kerana beberapa sebab di bawah:
1. Anda akan komited dengan program ini kerana menggunakan talian program ini sebagai talian utama setiap hari. Terdapat banyak kes dimana ahli terlupa Top Up dan ahli peserta tersebut akan terkeluar dari program ini secara otomatik.
2. Akan memudahkan urusan harian anda agar tidak terganggu apabila rakan2 anda masih boleh menghubungi anda dengan nombor talian yang sama.
3. Anda tidak payah pakai banyak nombor.
4. Anda tidak perlu beli handphone baru.
5. Tune Talk amat suka anda kekalkan nombor lama kerana bertambah lah pelanggannya.
Jadi, siapa yang tak suka? Hanya pembekal talian lama anda lah yang tak seronok kerana mereka akan hilang pelanggan.
Tetapi, mengikut perjanjian antara semua syarikat gergasi telekomunikasi terkemuka di Malaysia, mereka telah bersetuju untuk membenarkan pelanggannya untuk mengekalkan nombor apabila pelanggan tersebut memilih talian syarikat lain. Ini adalah persetujuan yang telah disahkan oleh badan kerajaan iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Maka, beberapa peraturan telah ditetapkan agar anda mengikut prosedur bagi memudahkan proses kekal nombor ini berjalan lancar.
Gambar illustrator dibawah menunjukkan perjalanan proses pengekalan nombor ini yang di kenali sebagai proses ‘Port-In’ atau MNP (Mobile Number Portability).
Proses ‘Port-In’ biasanya akan mengambil masa 48 jam sehingga 7 hari dan mungkin lebih, mengikut keadaan dan jika terdapat masalah teknikal.
Proses
Pertamanya, anda perlu memohon agar pembekal talian sedia ada membenarkan anda membawa nombor itu ke pembekal talian yang baru. Katakan anda guna MAXIS, CELCOM, DIGI dan sebagainya. Maka anda perlu minta pelepasan dari mereka agar nombor itu boleh digunakan oleh anda dalam program Tone Excel dan Tone Plus ini yang mana pembekal taliannya adalah TUNE TALK.
Okay, bila anda nak kekalkan nombor lama, maka ANDA atau PENAJA ANDA akan meminta kepada TUNE TALK untuk MEMOHON kepada talian lama anda (MAXIS, DIGI dan sebagainya) agar mereka boleh melepaskan nombor tersebut kepada anda untuk digunakan oleh talian TUNE TALK (program Tone Excel atau Tone Plus).
Proses ini akan melalui sistem CELCOM (Tune Talk menggunakan prasarana CELCOM) sebelum di hantar ke SKMM (Clearing House) dan akhirnya ke pembekal talian handphone sedia ada anda. Jika mereka luluskan atau tidak, pihak pembekal talian sedia ada akan memaklumkan ke SKMM (Clearing House) semula sebelum jawapan diterima oleh anda.
Kelulusan permintaan ini bukan ditangan TUNE TALK. Ia bergantung kepada kelulusan syarikat telekomunikasi sedia ada anda samada DIGI, MAXIS dsbnya. Ini kerana nombor tersebut adalah kepunyaan mereka.
Perlu diingat, TUNE TALK tiada kuasa dalam hal ini. TUNE TALK hanya boleh memohon bagi pihak anda tetapi kelulusan ditangan Telco talian lama anda,
Permohonan anda boleh di tolak kerana masalah ini:
1. Nama yang didaftarkan di talian lama berbeza dengan nama yang anda daftarkan dalam Tune Talk. Banyak sangat kes macam ini kerana pengguna dah lupa siapa tuanpunya sebenar taliannya kerana telah guna bertahun-tahun. Masa beli dulu mungkin guna nama orang lain… REJECTED.
2. No kad pengenalan atau passpot di talian lama (MAXISm DIGI CELCOM dsbnya) berbeza dengan no kad pengenalan atau passport yg didaftarkan di Tune Talk (program Tone Plus). Contohnya, silap 1 angka dalam nombor tersebut.. Reject. Talian lama guna kad tentera di sini guna IC awam… REJECTED.
3. Jika anda guna Post Paid, sila bayar dulu bill yang tertunggak. Bagi kosong jumlah bill terlebih dahulu. Jika tidak, talian lama tak akan lepaskan kerana anda dikira masih berhutang dengannya… REJECTED.
4. Jika talian lama anda adalah talian berbentuk kontrak dan tempoh kontrak belum tamat maka telco lama tak akan lepaskan talian anda…. REJECTED.
5. Jika talian anda adalah talian sampingan (supplementary) yang diberikan melalui akaun utama yang lain, maka sekali lagi Telco tersebut tak akan benarkan….. REJECTED.
6. Apabila anda buat permohonan, pastikan sim kad Tune Talk (Tone Plus) telah diaktifkan dengan buat 1 panggilan atau 1 SMS. Jika tidak aktif…. REJECTED.
7. Jika talian lama anda adalah prepaid, perlu tinggalkan balance kredit RM2 dalam nombor lama sewaktu proses PORT IN berlangsung. Ini untuk memastikan talian lama anda adalah aktif.
8. Sewaktu proses PORT IN berlangsung, sila ‘ON’ kan nombor lama sehingga talian lama itu tidak boleh diguna lagi.
CABARAN:
Jika anda menghadapi masalah kekal nombor lama, sila semak perkara berikut ini terlebih dahulu:
1. Semak kedudukan anda seperti di nombor 1 hingga 8 di atas. Mohon jangan marahkan penaja anda kerana dalam banyak kes ia adalah kesilapan seperti diatas.
2. Samada permohonan proses “Port In” ini telah berlaku. Permohonan ini boleh dilakukan oleh anda dengan cara mengikut tatacara SMS atau dilakukan oleh Penaja anda atau melalui stokist berdaftar atau melalui pejabat Tone Excel atau Tone Plus.
3. Jika selepas 7 hari tiada perubahan, sila panggil khidmat pelanggan program Tone Excel atau Tone Plus di 03 2780 3868 dan minta penjelasan kedudukan permohonan. Anda juga boleh menalipon stokis SC, PSC dan Branch berdekatan untuk bantuan.
4. Jika diberitahu permohonan di tolak, sila semak dengan Telco talian lama anda dan tanya mereka mengapa mereka tak melepaskan nombor anda. Kadang-kadang, mereka terlalu sayangkan anda dan tak mahu lepaskan anda, Jika ini berlaku anda boleh menggunakan hak pengguna anda dan minta di lepaskan atau buat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Berikut adalah senarai kod-kod ‘Port-In’ atau MNP yang ditolak, penjelasan dan cara untuk menyelesaikannya.
Sekiranya permohonan port-in / MNP tiada jawapan atau tidak berjaya selepas 7 hari (seminggu), sila buat semakan dan dapatkan kod tersebut untuk dikenalpasti supaya permohonan baru dibuat semula.
SebabTolak
WAKTU KETIKA MELAKUKAN PROSES PORT IN:
Anda boleh melakukan proses pengekalan nombor ini sewaktu pertama kali anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus. Minta penaja atau sesiapa yang mendaftarkan anda untuk melakukannya serentak. Cara SMS pun boleh dilakukan serentak dengan menambah perkara PEMBEKAL TALIAN dan NOMBOR talian yang ingin dikekalkan sebelum perkara NO ID PENAJA (TPA).
Setelah menjadi ahli, jika anda ingin mengekalkan nombor pada kemudian hari, anda boleh juga melakukannya pada bila-bila masa dengan menghubungi Stokis SERVICE CENTER (SC), PREMIUM SERVICE CENTER (PSC) atau BRANCH yang berdekatan untuk mereka melakukannya. Cara SMS pun boleh digunakan.
 Harap ini boleh membantu anda. Terima Kasih
Posted in Kekal Nombor Sedia Ada | Tagged , | 2 Comments

Tone Plus: Daftar Cara Online

Untuk menjadi ahli pengguna Tone Plus, kaedah paling pantas adalah dengan cara mendaftar keahlian melalui online. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli Tone Plus. Kaedah menaja dengan mendaftar secara online ini amat mudah dilakukan dan hanya mengambil masa kira-kira 5 – 10 minit sahaja.
Melalui laman web rasmi syarikat, ahli Tone Plus yang bertindak sebagai Penaja boleh menaja dengan mendaftar Ahli Pengguna Terus (Direct Sponsor) mereka dalam rangkaiannya sahaja. Syaratnya sekeping Sim Kad Tone Plus perlu ada di tangan.
Berikut langkah-langkah untuk melakukan pendaftaran ahli pengguna baru Tone Plus secara online oleh anda selaku PENAJA (Upline).
1. Login ke akaun Tone Plus di websitehttp://www.toneplus.my seperti di bawah
2. Sila login ke akaun ahli peribadi anda dengan cara klik “USER LOGIN” (kotak merah dibawah).
3.    Paparan di bawah akan keluar.
                 
Sila isi Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
Sila isi Password : 1234 (sementara jika belum ditukarkan)
Jika anda gagal untuk LOGIN masuk setelah beberapa cubaan, sila hubungi PENAJA anda untuk memastikan beliau telah mendaftarkan anda sebagai ahli.
Jika ada masalah untuk LOGIN masuk kerana terlupa password, sila klik ‘Lost your password?’ dan isikan maklumat diminta. Password baru akan dihantar ke talian talipon Tone Plus anda.
4.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda. Sila tukar password anda sebagai langkah keselamatan.
                      
Enter Current Password : Masukkan password sementara 1234
Enter New Password : Masukkan password baru anda sendiri
Confirm New Password : Taipkan sekali lagi password baru anda tersebut.
Klik button UPDATE 
5.    Setelah berjaya masuk ke akaun ahli anda, paparan berikut akan kelihatan:
     
6. Untuk mendaftarkan ahli pengguna baru, sila klik icon ‘Registration’ seperti dalam bulatan merah di atas.
Paparan dibawah akan kelihatan:
          
7.    Seterusnya, sila isikan maklumat ahli pengguna baru anda seperti berikut:
Di ruangan ‘Member Information’:
  7.1 * Type : Isikan dokumen samada MyCard (IC) atau Passport dan sebagainya.
  7.2 * ID: Isikan nombor MyCard atau passpot dan sebagainya.
Setelah isi nombor tersebut, anda boleh menekan kotak ‘Check’ untuk melihat samada ahli baru yang anda sedang daftarkan adalah ahli baru (new member) atau seorang ahli lama tetapi mendaftar akaun baru (new account)
  7.3 * Salutation : Isikan gelaran Mr. Ms, Mrs dan sebagainya
  7.4 * First Name: Isikan nama pertamapengguna baru.
  7.5 * Last Name/Surname: Isikan nama kedua (nama keluarga atau nama ayah)
  7.6 * Nationality: Isikan warganegara ahli baru tersebut.
  7.7 * Race : Isikan bangsa.
  7.8 * Sex: Isikan jantina.
  7.9 * Date Of Birth: Isikan tarikh lahir ahli baru tersebut.
  7.10 * Race : Isikan bangsa.
  7.11 * Sex: Isikan jantina.
  7.12 * Address: Isikan alamat ahli baru tersebut.
  7.13 * Postcode : Isikan poskod alamat tersebut.
  7.14 * Pekan : Isikan pekan poskod tersebut.
  7.15 * Negeri: Isikan negeri pekan tersebut.
 7.16 * Email: Isikan email ahli baru, Jika tiada, sila isikan email penaja. Ini bagi memudahkan ahli baru mendapat password ‘Self Care’ mereka.
Seterusnya, sila isikan Maklumat Akaun (Account Information) pengguna baru anda seperti berikut:
AccountInfo
8. Di ruangan ‘Mobile Service Information’:
  8.1 * SIM Serial No. : Isikan nombor siri 8 digit terakhir Sim Kad ahli pengguna baru anda. Ia bermula dengan 850XXXXX.
  8.2 * SIM PUK : Isikan nombor PUK  Sim Kad ahli pengguna baru anda.
(Catitan: Kedua nombor SIM dan PUK ini terdapat di belakang Sim Kad seperti tertera S/N dan PUK)
9. Di ruangan ‘For MNP Port In Only (Optional)’:
Ruangan ini adalah untuk ahli yang ingin mendaftar itu mengekalkan nombor lamanya. Ia adalah satu option pilihan pengguna tersebut. Boleh ditinggalkan jika tidak mahu mengekalkan nombor lama pada masa ini. Ia boleh dilakukan pada masa hadapan dengan cara menghubungi Stokis Service Center, Premium Service Center atau Branch.
  9.1 * Mobile Number (For Mobile Number Port In): Jika anda ingin mengekalkan nombor lama (sedia ada) ke Sim Kad Tone Plus, sila isikan nombor talian lama tersebut. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.
  9.2 * Current Service Provider: Maklumat pembekal perkhidmatan talian nombor lama (sedia ada) yang ingin dikekalkan. Jika tidak mahu kekalkan nombor lama, sila tinggalkan ruangan ini.
10. Di ruangan ‘Referral Information’:
* Referral Member ID : Isikan nombor keahlian Penaja (Upline) kepada pengguna baru ini. Jika anda adalah Penajanya, sila masukkan nombor keahlian anda. Setelah itu pastikan nama Penaja tersebut adalah betul dengan menekan kotak ‘Check’.
Anda tidak boleh mendaftarkan keahlian pengguna baru kepada nama penaja ahli yang lain dalam sistem keahlian anda ini. Ia hanya untuk pengguna baru ahli tajaan anda sahaja.
Penajaan kepada ahli penaja lain-lain hanya boleh di lakukan oleh Service Center, Premium Service Center dan Branch.
11. Di ruangan ‘Beneficiary Information’:
Ruangan ini adalah untuk maklumat waris ahli pengguna baru tersebut. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.
  11.1 * Salutation : Isikan gelaran Mr.,  Ms., waris tersebut.
  11.2 * Name: Isikan nama pertama waris pengguna baru.
  11.3 * Last Name: Isikan nama kedua waris (nama keluarga atau nama ayah)
  11.4 * Type : Isikan dokumen waris samada MyCard (IC) atau Passport.
  11.5 * ID: Isikan nombor MyCard atau passpot waris.
 11.6 * Relationship: Isikan hubungan warisdengan ahli samada anak, isteri dan sebagainya.
12. Di ruangan ‘Bank Account Information’:
Ruangan ini adalah untuk maklumat bank ahli baru tersebut. Ia adalah bagi kemasukkan komisyen bulanan. Ia boleh ditinggalkan dan boleh di kemaskini kemudian oleh ahli tersebut sendiri di dalam akaun nya kelak.
  12.1 * Bank account number : Isikan nombor akaun bank ahli pengguna baru.
  12.2 * Bank account name: Isikan penamaakaun bank tersebut.
  12.3 * Bank name: Isikan nama bank akaun tersebut.
  12.4 * Branch: Isikan cawangan bank akaun tersebut. Ia boleh ditinggalkan.
13. Langkah akhir adalah dengan klik kotak di maklumat ‘I have read, understand and agreed to PDPA, Term Of Service and Disclaimer’seperti di bawah:
14. Seterusnya sila semak semua maklumat di atas dan segalanya betul, sila klik kotak‘SUBMIT’.
Tunggu sebentar, sistem akan memberikan anda Nombor Ahli Tone Plus pengguna baru tersebut yang bermula dengan TPA XXXXXX dan nombor talian Tone Plus pengguna baru tersebut.
Isu Penting:
Jika selepas anda mendaftarkan ahli pengguna baru tetapi tidak menerima sebarang maklum balas dari sistem tentang keahlian pengguna baru tersebut maka perhatikan sebarang mesej yang di paparkan oleh sistem. Keadaan seperti di bawah ini boleh berlaku:
a) Sistem memberikan nombor keahlian TPA sahaja tetapi tiada nombor talian.
Ini bermakna keahlian telah didaftarkan tetapi nombor talian belum didaftarkan dengan Tune Talk. Ada kemungkinan sitem Tune Talk sibuk waktu itu, dan sistem akan mendaftarkannya semula secara otomatik. Selepas 2 jam, sila masukkan Sim Kad ke dalam talipon dan cuba buat 1 call untuk mengaktifkan talian tersebut. Jika berjaya sila dail *133# untuk mendapatkan nombornya.
b) Sistem memaklumkan bahawa Sim Kad telah digunakan (already used).
Ini bermakna Sim kad tersebut telah didaftarkan. Ada 2 perkara yang anda boleh lakukan dalam kes ini.
Pertama: Sila masuk semula sistemRegistration dan taip IC.pasport pengguna baru tersebut dan klik kotak CHECK. Jika sistem memberikan maklum balas New Account bermakna ahli tersebut telah berjaya di daftarkan. Anda hanya perlu masuk login kedalam akaun keahlian mereka untuk dapatkan nombor ahli atau anda boleh dapatkan nombor ahli dalam senarai ahli pengguna anda. Talian pula boleh di aktifkan 2 jam kemudian untuk mendapatkan nombor talian. Jika tidak berjaya, sila hubungi Ibu Pejabat segera.
NewAccount
Kedua: Jika sistem memberikan maklum balasNew Member bermakna ahli tersebut tidak berjaya di daftarkan. Sila buat segala pendaftaran semula.
NewMember
Jika mesej  bahawa Sim Kad telah digunakan (already used) keluar lagi, ada kemungkinan Sim Kad telah digunakan. Sila hubungi Ibu Pejabat segera.
Adalah penting anda menyemak terlebih dahulu sebelum anda menggunakan Sim Kad yang lain untuk mendaftarkan ahli baru tersebut.
c) Sistem tidak memberikan sebarang apa-apa maklum balas.
Anda boleh buat seperti dalam (b) diatas sebelum merujuk ke Ibu Pejabat.
Okay, jika segala-gala telah berjaya, ucapkan tahniah kepada pengguna baru anda dan berikan maklumat berikut agar mereka boleh LOGIN akaun ahli Tone Plus dan mendaftar pengguna baru mereka. Maklumat yang perlu diberikan adalah:
  1. Nombor Ahli Tone Plus : Bermula dengan TPA XXXXXX
2. Nombor Talian Talipon Tone Plus.
3. Username : No IC/Pasport/IC Tentera/IC Polis anda
4. Password : 1234 (sementara, sila tukar kemudian)
Sila ingatkan pengguna baru untuk mengaktifkan talipon Tone Plus serta merta untuk memastikan ianya berfungsi sempurna. Caranya adalah dengan membuat 1 panggilan atau SMS.
Hati-hati.. Talian Tone Plus ini juga akan tamat tempoh jika tidak digunakan dalam masa 2 minggu setelah ia didaftarkan dalam sistem!
PENTING! Komisyen juga tidak dibayar jika talian tidak digunakan!
Selamat Berjaya!
Posted in Program Tone Plus | Tagged , | 6 Comments

Transformasi Program Tone Plus

Salam semua…
4Pada mereka yang yang tidak mahu ambil tahu, sila perhatikan apa yang sedang ditawarkan oleh program Tone Plus ini. Anda mungkin terlepas peluang besar ini kerana terlalu ikutkan kata orang lain yang tidak pernah ambil tahu atautidak mahu ambil tahu tentang program ini.
Sejak Tone Plus dilancarkan pada Oktober 2012, telah terlalu banyak transformasi yang berlaku dalam sistem imbuhan pembayaran Tone Plus. Sepanjang 2 tahun ini, dari masa ke semasa sistem pembayaran Tone Plus telah di perbaiki oleh pihak Tone Group bagi meningkatkan lagi tarikannya. Penambahbaikan ini telah menjadikan sistem imbuhan Tone Plus lebih lumayan dan mesra pengguna.
Pada mereka ahli-ahli yang telah masuk awal pada 2012 sehingga kini, perhatikan perbezaan-perbezaan ini. Ini kerana ramai yang tidak perasan akan perubahan ini dan ada juga ahli Tone Group yang terkeliru dan masih lagi mendapat maklumat yang telah lama dan silap tentang sistem Tone Plus ini. Saya sangat terkejut dengan banyak maklum balas yang tidak tepat terhadap program Tone Plus seperti yang diberitahu kepada saya.
Ada kemungkinan maklumat-maklumat silap ini datangnya dari bahan bercetak lama atau bahan internet lama yang masih terdapat dalam internet. Ada juga ahli-ahli lama yang tidak menyedari perubahan ini telah tidak lagi aktif dan masih menyangka maklumat-maklumat lama itu masih digunapakai menyebabkan mereka memberikan maklumat yang sama sekali bercanggah.
Di bawah ini saya catitkan perubahan-perubahan yang telah berlaku supaya anda tidak terkeliru.
1. Dahulu: Anda hilang downline jika tidak menaja 4 orang dalam sebulan.
Terkini: Anda tidak hilang downline lagi jika tidak menaja 4 orang dalam sebulan. Sebaliknya anda dibenarkan untuk menaja 4 orang tersebut mengikut masa anda sendiri. Setelah itu, akaun anda akan dinaikkan taraf menjadi 13% komisen Top Up.
Walaubagaimanapun, jika ahli anda terlebih dahulu mendapat 4 orang, maka anda berpotensi untuk hilang 2 orang yang dikongsikan oleh beliau jika anda tidak mempunyai 4 orang dalam sebulan. Perhatikan perbezaan besar ini! Jangan terkeliru!
2. Dahulu: Anda tidak menerima apa-apa komisen (0%) terhadap 2 ahli yang di sedekahkan kepada penaja.
Kemudian, syarikat mengubahnya kepada 5% tetapi seterusnya syarikat meningkatnya lagi seperti berikut di bawah.
Terkini: Syarikat telah bermurah hati menukarkannya kepada konsep kongsi 2 ahli tersebut dimana anda masih menerima 13% dari hasil Top Up 2 ahli yang telah dikongsikan (dahulu saya sebut sedekah). Penaja anda juga tetap terima 13%. Jadi, syarikat bermurah hati membayar sejumlah 26% komisen Top Up.
3. Dahulu: Syarikat tidak membenarkan anda menaja terus (direct) ahli ke 5 dan seterusnya, selagi 4 ahli anda masih aktif.
Syarikat hanya benarkan penggantian ahli yang talian nya telah tidak aktif dalam 4 orang ahli pengguna pertama itu sahaja. Satu ahli tidak aktif hanya boleh diganti dengan satu ahli juga.
Terkini : Penggantian seperti diatas tiada lagi. Anda boleh terus menaja ahli ke 5, 6, 7, 8 sehingga infiniti dan dapat komisen Top Up 13%.
4. Dahulu: Pada awalnya, tiada komisen kepada Service Center (SC), Premium Service Center (PSC) dan Branch (Branch).
Kemudian di ubah kepada 1% kepada Service Center, 1.5% kepada Premium Service Center dan 2.5% untuk Branch.
Seterusnya, berlaku perubahan lagi dan wujudnya stokis Premium Branch. Struktur royalti terhadap sim kad pula adalah 1% kepada Service Center, 1.5% kepada Premium Service Center dan 2.5% untuk Branch dan 3.5% untuk Premium Branch.
Terkini: Disember 2013, ia berubah sekali lagi dengan lebih baik dengan struktur terbaru iaitu Royalti 1% kepada SC, 2.5% kepada PSC, 3.5%  kepada Branch dan 5% kepada Premium Branch. Woww… ini yang paling syokk..🙂
5. Dahulu: Sistem keahlian terdahulu mempunyai banyak kekurangan sehingga syarikat buat keputusan untuk menaikkan taraf (upgrade) sistem tersebut pada Jun 2014. Banyak kesukaran yang di alami sewaktu sistem keahlian lama ini beroperasi menyebabkan ramai yang meninggalkan program ini.
Terkini:  Akhirnya, sistem keahlian terbaru yang dilancarkan pada pada Jun 2014 lebih efisyen. Ia semakin mudah dan cepat. Saya orang paling gembira pada waktu ia dilancarkan.🙂
Pada pendapat saya yang menyertai Tone Plus sejak hari pertama, kelima-lima perkara di atas adalah perubahan besar yang berlaku dalam sistem imbuhan Tone Plus sejak dilancarkan. Proses transformasi ini telah menjadikan program Tone Plus lebih menarik dan lebih lumayan. Pendapatan saya juga berubah lebih mantap setiap kali transformasi ini berlaku.
Alhamdulillah, pihak syarikat amat prihatin terhadap program Tone Plus dan sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan. Pada mereka yang yang tidak mahu ambil tahu, sila perhatikan apa yang sedang ditawarkan oleh program Tone Plus ini. Anda mungkin terlepas peluang besar ini kerana terlalu ikutkan kata orang lain yang tidak pernah tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang program ini.
Perhatikan sahaja kenaikan bilangan keahlian Tone Plus sejak awal tahun. Ini meningkat setiap kali perubahan bertambah baik seperti di atas berlaku.
Untuk dapat maklumat lanjut dan terkini, tanya pada mereka ahli Tone Plus yangsedang aktif kerana hanya mereka sahaja yang lebih tahu.  :)
Posted in Program Tone Plus | Tagged ,, |Leave a comment

Testimoni Pendapatan ADMIN

Ramai yang telah meminta saya untuk menulis tentang testimoni pendapatan peribadi sepanjang penglibatan dalam program “Komuniti Mudah Alih WOW” yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group. Pada mulanya saya amat keberatan kerana bagi saya pendapatan merupakan hal peribadi. Tetapi, oleh kerana terdapat sebilangan yang mempertikaikan tentang kejayaan program telah menyebabkan saya mula melihat keperluan membantu rakan-rakan seperjuangan mempromosi program ini. Maka, saya fikir ini masa yang sesuai kerana program terbaru Tone Group iaitu Tone Plus telah pun genap 2 tahun berada di pasaran.
Saya mula menyertai program yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group pada April 2011 melalui program pertamanya iaituTone Excel (No Ahli: 037914).
Apabila syarikat memperkenalkan program keduanya iaitu Tone Plus pada Ogos 2012, saya juga turut tidak ketinggalan melibatkan diri menyertai dan mempromosi program ini (No Ahli: TPA000006).
logotetpMemanglah susah pada awalnya untuk mempromosi kedua-dua program. Tone Excel pada ketika saya menjadi ahli, tidak lah di kenali ramai. Saya ahli yang ke 37,914. Pada ketika itu, banyak suara sinis yang saya terima. Tahan ajelah. Dalam masa saya mula mengorak langkah mempromosi Tone Excel, tiba-tiba 1 tahun kemudian muncul pula Tone Plus dan saya ‘terpaksa’ jadi ahli yang ke 00006. Memang berserabut kepala saya, program mana yang nak dikejar?
Ahli-ahli saya di Tone Excel mula merungut apabila Tone Plus dilancarkan. Ada yang hilang semangat. Leader-leader di Tone Excel pun ramai yang berpecah. Sementara itu, pengarah-pengarah di Tone Group pula asyik berkata ‘Satu poket kanan’ dan ‘Satu lagi poket kiri’ ke telinga saya. Dalam keadaan pening lalat tak mahu mengecilkan hati sesiapa, saya akhirnya berserah, buat sahaja lah kedua-duanya.
Alhamdulillah, berkat menyertai dan mempromosi kedua-dua program ini secara terus menerus, saya telah mula menikmati pendapatan 5 angka sejak November 2013.
Saya amat-amat-amat berpuashati dengan pulangan yang diperolehi jika dibandingkan dengan pelaburan RM80 bagi Tone Excel dan Rm80 lagi untuk Tone Plus yang telah saya lakukan (Total harga lama RM160). Terus terang saya katakan, secara keseluruhan selama membina perniagaan ini, saya telah pun menikmati pendapatan terkumpul berjumlah lebih RM300,000. Apa lagi yang saya mahu? Alhamdulillah dan terima kasih sangat.
Kini, pendapatan saya melalui kedua-dua program Tone Excel dan Tone Plus ini telah mencapai lebih RM20,000 setiap bulan. Paling seronok, setiap bulan pendapatan itu akan meningkat. Ini bermakna, lebih lama saya mengusahakannya, lebih bertambah banyak lah pendapatan setiap bulan. ðŸ™‚ 
488081_296981180427727_1831575302_nBagi anda yang ingin menjana pendapatan, saya syorkan agar anda segera mendaftar sekurang-kurangnya 1 akaun samada Tone Excel atau Tone Plus. Kalau nak buat kedua-dua pun boleh, tapi memang susah nak buat kedua-dua serentak. Macam saya, ada sahaja yang ketinggalan. Fokus Tone Excel, tertinggal Tone Plus, fokus Tone Plus tertinggal Tone Excel. Nak buat macamana? Berserah sahaja lah… buat sahaja mana yang mampu🙂
Berikut adalah contoh pendapatan Komisyen Top Up yang telah saya perolehi dengan hanya satu (1) akaun talian di Tone Plus sejak ia dilancarkan. Saya menunjukkan contoh ini kerana program ini telah genap 2 tahun saya sertai.
Pendapatan di bawah tidaklah sebanyak dibandingkan dengan sifu-sifu lain dan ada juga ahli-ahli lain yang lebih hebat pendapatannya. Tetapi sekurang-kurangnya, ia menunjukkan bahawa jika anda memilihprogram syarikat yang betul, berusaha dan fokus terhadap apa yang anda lakukan, insyaallah titik peluh anda akan berbalas akhirnya.
Testimoni Sheet1
Jika anda perhatikan senario pendapatan bulanan saya seperti diatas, anda akan dapat lihat bahawa bisnes ini adalah satu perjalanan. Sebagai permulaan, memanglah pendapatannya kecil tetapi terdapat peningkatan demi peningkatan apabila anda mengusahakannya secara konsisten. Perlu diingatkan bahawa program Tone Plus ini baru genap 2 tahun dilancarkan dan mempunyai hanya 43,000 ahli sahaja. Ia masih belum meluas lagi kerana pasaran pengguna prepaid di Malaysia adalah 33 juta (Info SKMM 2012).
Masalah pun bukan sedikit memandangkan program-program ini bermula dari kosong. Pihak syarikat memerlukan masa untuk stabil. Tetapi, jika nak tunggu segalanya sempurna, mungkin makan masa. Jadi, sebelum terlewat biarlah kita bersabar melalui masalahnya dahulu. Saya juga punya keyakinan terhadap kemampuan pihak syarikat untuk mengatasi permasalahan program. Bagi saya, bisnes ini adalah mudah kerana ia hanya memerlukankekuatan mental untuk mencapai pendapatan ini.
‘Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit’ menjadi pegangan saya. Walau pun saya bukan ‘sifu besar’ dalam dunia pemasaran ‘Online’ (hanya tahu asas bisnes online sahaja), dan saya juga tidak berpengalaman luas dalam menjana pendapatan secara ‘Offline’ (tiada network kukuh), tetapi saya belajar, berusaha, buat sedikit demi sedikit dan akhirnya kesabaransaya telah terbukti berbaloi.
duplikasiSaya memberikan kredit kepada Program Tone Plus kerana ia mempunyai keunikan dan kepantasan menjana pendapatan melalui sistem auto network ‘Reverse 2 Up’ yang dikendalikan oleh syarikat. Program ini juga bersifat umum tanpa memerlukan ahli mempunyai ikatan kumpulan dan lebih condong kepada bisnes konvensional.
Akhir kata, buat lah mana-mana program yang anda suka. Jika anda fokus belajar, berusaha dan bersabar, insyaallah kejayaan akan bersama anda. Pada ketika itu, anda akanterpaksa terima duit beribu-ribu setiap bulan.🙂
Berikut adalah laman-laman web promosi yang dikendalikan oleh saya, Anda boleh mempelajari lebih mendalam tentang kedua-dua program yang dianjurkan oleh syarikat Tone Group melalui laman-laman web promosi ini:
Program Tone Excel : www.wowfreecall.com(Maaf, banyak yang belum update :))
Program Tone Plus : www.mytoneplus.com
Posted in MANFAAT-MANFAATPELUANG BUAT DUIT!,Program Tone ExcelProgram Tone PlusTESTIMONI | Tagged,, | 4 Comments

Kemaskini Maklumat Waris dan Akaun Bank

Ahli Tone Excel atau Tone Plus boleh mengemaskini maklumat pewaris dan maklumat akaun bank dalam akaun Tone Excel atau Tone Plus mereka setiap masa.
Maklumat pewaris amat penting kerana apabila berlaku kematian ahli, maka waris dengan mudah boleh mengambil alih pendapatan yang sebelum ini diterima oleh ahli.
Bagi maklumat bank pula, ramai ahli yang tidak meletakkan maklumat akaun bank mereka dengan sempurna menyebabkan komisyen bulanan tidak dapat dikreditkan ke akaun bank mereka setiap bulan. Jika anda tidak menerima komisyen, maklumat ini patut di perhatikan agar ia sentiasa dikemaskini.
Cara untuk mengemaskini kedua-dua maklumat ini adalah dengan cara Login masuk ke akaun Tone Excel atau Tone Plus anda melalui menu User Login yang terdapat di muka depan laman web www.toneexcel.com(Tone Excel) atau www.toneplus.com.my(TonePlus). Sila login masuk menggunakan Login ID dan password anda.
Apabila anda telah berjaya masuk, sila klik menu Member Care seperti yang terdapat dalam gambar dibawah.
UpdateAkaun
Seterusnya, anda perlu klik menu My Profile seperti di bulatan gambar bawah ini.
UpdateAkaun2
Di bahagian My Profile, di sebelah bawah Account Information, anda boleh melakukan kedua-dua kemaskini maklumat tersebut. Katakan anda ingin kemaskini maklumat waris, maka isikan semua maklumat yang terdapat dalam kotak merah di bawah:
UpdateWaris
Isikan maklumat Salutation sebagai Mr, Ms dsbnya, maklumat nama pertama diName, dan nama bapa di Last Name.  Maklumat Type adalah maklumat pengenalan diri pewaris samada IC, passport dsbnya. Manakala ID No adalah nombor maklumat pengenalan seperti No IC, nombor passport dsnya. Akhir sekali, hubungan pewaris dengan ahli seperti Anak, Ayah, Ibu dsbnya perlu diletakkan di kotak Relationship.
Setelah itu, sila klik kotak Save untuk mengesahkannya dan ia akan menghantar maklumat tersebut ke sistem keahlian syarikat. Selesai.
Jika anda ingin kemaskini maklumat akaun bank pula, sila isikan maklumat Bank Account Information yang terdapat di sebelah kanan menu My Profile ini seperti gambaran dalam kotak merah di bawah:
UpdateBank

Isikan maklumat Bank Account Number sebagai nombor akaun bank anda. Sementara Bank Account Name adalah nama penuh tuanpunya akaun bank tersebut.  Seterusnya isikan atau pilih Bank Name iaitu Nama Bank akaun tersebut. Akhir sekali, isikanBranch atau Cawangan akaun bank tersebut. Jika anda terlupa maklumat cawangan (branch) bank tersebut, ia boleh dikosongkan sahaja.
Setelah itu, sila klik kotak Save untuk mengesahkannya dan ia akan menghantar maklumat tersebut ke sistem keahlian syarikat.
Peringatan, Jika anda menggunakan akaun bank pihak ketiga yang bukan penamanya ahli pengguna sendiri, maka ahli perlu mengisikan dan menandatangani Borang Third Party Account  dan dihantar ke Ibu Pejabat. Satu salinan IC/pasport ahli dan IC/passport pihak ketiga juga perlu dilampirkan. Ini bagi memastikan ahli sendiri memberikan kebenaran kepada syarikat untuk menghantar komisyen bulanan ke akaun bank pihak ke 3 tersebut. Tanpa surat kebenaran  Borang Third Party Account ini, pihak syarikat tidak akan menghantar komisyen tersebut.
Selesai. Anda kini boleh tidor lena…🙂
Posted in Kemaskini Akaun BankKemaskini Maklumat Waris |Tagged , | Leave a comment

Bonus Tahun Baru Untuk Ahli Tone Excel dan Tone Plus

slider-img5Bermula 1.1.2013, Tune Talk telah memperkenalkan satu insentif baru iaitu Bonus Tahun Baru kepada ahli pengguna program Tone Excel dan Tone Plus.
Kriteria untuk melayakkan ahli pengguna menerima Bonus Tahun Baru ini adalah seperti berikut:
1. Daftarkan 1 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 5% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.
2. Daftarkan 2 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 10% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.
3. Daftarkan 5 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 15% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.
4. Daftarkan 10 pengguna baru dalam sebulan – Nikmati Bonus 20% dari pendapatan anda pada bulan tersebut.
Bonus ini diberikan mengikut prestasi merujuk keahlian mengikut bulan seperti diatas. Jumlah bonus tersebut akan disimpan (dikumpulkan) dan pembayaran bagi bonus ini hanya akan dilakukan sekali sahaja iaitu pada 25hb Januari setiap tahun.
Bonus ini pastinya akan menyemarakkan lagi semangat ahli untuk merujuk ahli baru setiap bulan.
Posted in MANFAAT-MANFAATPELUANG BUAT DUIT!,Program Tone ExcelProgram Tone Plus | Tagged  | Leave a comment

Tone Plus : Majlis Pelancaran : 19 Oktober 2012

Posted in Program Tone Plus | Tagged  |Leave a comment

Tone Plus : 2013 – ‘Group Pass Up’ dan Komisyen Tambahan Baru

Berkuatkuasa serta merta bermula pada 18/12/2012, proses Group Pass Up seperti sedia ada dalam program Tone Plus pada waktu ini telah ditangguhkan. Ini kerana cara Group Pass Up akan berubah seperti berikut:
1. Anda boleh mencari 4 orang pada waktu anda sendiri. Walaubagaimanapun, setelah cukup 30 hari anda menjadi ahli (mempunyai nombor TPA) dan anda masih belum mempunyai 4 pengguna baru, perkara berikutnya akan terjadi.
2. Jika anda ada mempunyai/menerima pengguna yang dihantar kepada anda oleh downline, maka mereka ini sahaja yang akan dihantar terus ke upline anda yang telah layak. Ini akan berterusan, selagi anda tidak mendapat 4 orang pengguna pertama tersebut.
3. Ini bermakna pengguna asal yang anda taja samada 1 atau 2 atau 3 orang tersebut akan kekal bersama anda sehingga anda cukup mendapat 4 orang dan 2 akan dipilih secara rawak untuk dihantar kepada PENAJA/UPLINE yang layak.
KOMISYEN TAMBAHAN BARU:
1. Anda akan menerima hanya 3% komisyen Top Up dari setiap 1 atau 2 atau 3 orang pengguna yang ditaja terus oleh anda. Apabila anda telah mendapat pengguna keempat dan proses ‘Reverse 2 up’ berlaku, maka anda akan mula layak untuk menerima komisen 13%.
2. Anda akan menerima komisyen 13% dari hasil Top Up 2 orang pengguna yang telah dihantar oleh sistem ‘Reverse 2 up’ kepada PENAJA/UPLINE. Penaja anda juga akan menerima 13%.
Pelaksanaan Group Pass Up cara baru ini danKomisyen diatas adalah bermula pada 1.1.2013.
Posted in Program Tone Plus | Tagged , | Leave a comment

Tone Plus : Road Show di Kelantan

Pengendali Program Tone Plus akan mengadakan Road Show di Kelantan tarikh seperti di bawah. Program taklimat peluang ini adalah yang pertama kali di Kelantan.
District / State : Kota Bharu, Kelantan
Venue : Royal Guest House, Kota Bharu
Date : 21 September 2012
Time : 3.00p.m – 5.00p.m
Fee : Free
Jangan lepaskan peluang ini. Ajak rakan dan kenalan anda sekelian. Gunakan peluang ini untuk mengenali Komuniti ini dengan lebih mendalam. TQ
Posted in ROAD SHOW 1 MALAYSIA | Tagged , | Leave a comment

Tone Plus : Isu Tambah/Ganti Ahli Pengguna Yang Tidak Aktif

Kemaskini pada 16 September 2012 –> Pelan Tone Plus telah mengalami perubahan. Artikel ini tidak relevan lagi memandangkan pelan ini telah diubahsuai bagi membenarkan anda menaja seberapa ramai ahli yang anda mahu. Anda tidak perlu lagi menunggu 14 hari untuk menambah/mengganti ahli pengguna baru. Ia berkuatkuasa serta merta.
Sistem Reverse 2-Up masih berjalan seperti biasa dimana anda masih perlu mendapatkan 4 ahli pengguna baru dan 2 dihantar kepada PENAJA. Terima Kasih.
Artikel Asal:
Seperti yang anda maklum, sistem Reverse 2-Up pelan Tone Plus membenarkan anda menaja 4 orang dan menghantar 2 kepada upline (penaja) anda. Walaubagaimanapun, terdapat peruntukan untuk anda menambah ahli pengguna baru (replacement user) apabila terdapat ahli yang anda terima tidak menaja 4 orang (tidak aktif) selepas 2 minggu.
Perhatikan perkataan yang digunapakai iaitu“ahli yang anda terima” sahaja. Ini bermakna, anda tidak boleh menambah ahli pengguna baru jika ahli pengguna yang tidak aktif adalah ahli yang anda taja. Keliru?
Okay, terdapat tiga (3) kategori ahli pengguna akan berada dalam kumpulan anda iaitu:
1. Kategori yang pertama adalah mereka yang anda taja terus seramai 4 orang DAN mereka yang anda masukkan sebagai gantian ahli pengguna yang tidak aktif selepas 2 minggu. Kategori pertama ini  digelar ahli pengguna yang anda taja.
2. Kategori kedua dalam kumpulan pengguna anda adalah ahli yang anda terima hasil dari sistem Reverse 2-Up. Mereka ini telah dihantar kepada anda oleh ahli pengguna downline anda mengikut sistem secara rambang. Bilangan yang diterima adalah 2 orang dari setiap downline yang berjaya menaja 4 orang.
3. Kategori ketiga adalah ahli yang anda terima secara ‘Group Passed Up’. Ahli-ahli pengguna  ‘Group Passed Up’ ini adalah mereka yang dihantar kepada anda setelah Penaja mereka gagal mendapatkan 4 ahli baru setelah 30 hari.  Bilangan yang dihantar kepada anda mungkin 1, 2 atau 3 orang ahli pada setiap kali berlaku ‘Group Passed Up’.
Okay, kumpulan mana yang boleh anda ganti jika mereka tidak aktif? Jawapannya adalah kumpulan kategori kedua itu sahaja. Iaitu ahli yang anda terima sahaja. Jika mereka yang anda terima hasil dari sistem ‘Reverse 2-up’ tidak aktif, tidak menaja 4 orang dalam 2 minggu, anda boleh menggantikan(tambah) mereka dengan menaja terus ahli baru pilihan anda.
Untuk mengetahui samada anda boleh menaja ahli baru atau tidak adalah dengan cara masuk ke akaun Tone Plus anda dan klik “User List/Inactive User : 26/8” (angka 26/8 adalah contoh sahaja). Ini bermaksud anda mempunyai 26 orang pengguna dalam kumpulan anda dan 8 adalah tidak aktif. Jika anda klik angka 26/8 itu, anda akan diberikan senarai nama semua 26 orang ahli pengguna anda termasuk 8 nama akan berwarna merah.Ini bermakna anda boleh menaja terus 8 orang baru. 
Jadi, apa tunggu lagi, klik Main Menu, dan klik “Register Replacement User”. Seterusnya daftarkan ahli pengguna baru tajaan anda. Mereka ini akan termasuk dalam senarai kategori satu seperti diatas.  ðŸ™‚
“Dream BIG and Keep It SIMPLE”
Posted in Program Tone Plus | Tagged ,, | 1 Comment

Isu Pembelian Sim Kad Tone Plus dan Bonus Menaja RM20

Saya ingin menjelaskan tentang beberapa perkara mengenai isu pembelian sim kad pelan Tone Plus.
Pertamanya, sim kad yang dijual oleh syarikat pengendali program iaitu Tone Plus Sdn Bhd  adalah hanya dalam 1 bentuk sahaja iaituBisnes Pack yang mengandungi 4 keping sim kad Tone Plus. Ia dijual pada harga RM240.00. Syarikat tidak menjual dalam bentuk lain. Tujuan syarikat menjual dalam bentuk 4 keping ini adalah supaya peserta boleh menjual/menaja 4 pengguna downline mereka lantas dapat menjana keuntungan RM20 atas setiap kad yang dijual kepada downline mereka.
ADMIN laman web promosi MyTonePlus.com juga menjual Bisnes Pack (4 keping) kad ini pada harga yang sama iaitu RM240. Walaubagaimanapun, kos penghantaran secara Poslaju adalah RM10.00. Jadi,  apabila anda membeli dari ADMIN laman web ini, sila tambahkan kos penghantarannya menjadikan jumlah harga pembelian adalah RM250.00.
ADMIN laman web ini juga amat-amat menggalakkan pembelian sim kad secara Bisnes Pack ini supaya anda boleh menjana pendapatan RM20 melalui penjualan sekeping sim kad tersebut. Terdapat juga penaja-penaja yang membeli lebih sebagai stok untuk membantu rangkaian mereka. Langkah sebegini adalah amat dialu-alukan.🙂
Untuk pengetahuan anda, bagi menjadi ahli Pelan Tone Plus, anda  dikehendaki membelihanya satu (1) sim kad sahaja untuk diri anda sendiri. Harga 1 sim kad yang saya namakanStarter Pack adalah dijual pada harga RM80.00. Ia boleh dibeli dari penaja anda yang telah membeli Bisnes Pack (4 keping) tersebut. Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, terdapat ahli-ahli yang tidak membeli Bisnes Pack (4 keping) ini untuk menjualnya kepada downline mereka, maka ADMIN laman web promosi MyTonePlus.com telah menyediakan kemudahan pembelian 1 keping sim kad (Starter Pack) supaya downline-downline baru  boleh mendapatkannya terus dari ADMIN. Dengan itu, walaupun Penaja-penaja tiada sim kad ditangan, tetapi mereka masih boleh menaja ahli baru dengan meminta ahli baru membelinya dari laman web promosi ini. Harganya adalah tetap sama RM80.00 dan ditambah kos penghantaran Poslaju RM10.00 menjadikan harga pembelian 1 keping sim kad adalah RM90.00. Walaubagaimanapun, ADMIN tidak akan membayar keuntungan RM20 kepada Penaja tersebut.
Dengan demikian, apabila anda ingin menjadi ahli, sila bertanya kepada Penaja anda bagaimana untuk mendapatkan sim kad Tone Plus tersebut. Sekiranya Penaja atau rakan-rakan upline lain mempunyai stok sim kad Tone Plus, sila dapatkan dari mereka. Jika tiada pilihan, sila dapatkan dari ADMIN laman web ini.🙂
ADMIN juga menyediakan pembelian 5 keping sim kad iaitu Exceutive Pack. Ia bertujuan pembelian untuk diri anda sendiri menjadi ahli dan 4 lagi untuk dijual kepada downline anda. Sila lihat maklumat lanjut tentang perkara ini di menu PEMBELIAN dalam Pejabat Maya anda di laman web promosi ini.
Walaubagaimanapun, adalah amat penting diingatkan bahawa jika anda berhasrat untuk mengaktifkan akaun laman web promosi  MyTonePlus.com anda untuk digunakan sebagai alat promosi, sila pastikan sim kad Tone Plus yang anda beli adalah berasal dari ADMIN laman web promosi MyTonePlus.com ini. Sila tanya Penaja atau mereka yang menjualnya kepada anda tentang asal usul sim kad tersebut.
PENTING!!! – Untuk pengetahuan, ADMIN terpaksa meletakkan syarat bahawa pengaktifan akaun laman web promosi MyTonePlus.com adalah hanya untuk mereka yang membeli sim kad yang diedarkan oleh laman web promosi ini sahaja. Ini memandangkan terdapat banyak kos yang terlibat bagi membangunkan dan menguruskan laman web ini. Dengan demikian, ADMIN hanya memohon sokongan anda untuk membeli sim kad Tone Plus yang diedarkan oleh laman web ini.🙂
Kepada ahli yang tidak diaktifkan laman web promosi mereka dek kerana sim kad bukan datang dari laman web promosi ini, saya syorkan kepada anda supaya membeli saja 1 keping Starter Pack dari laman web ini dan sms/email ADMIN segera tentang kedudukan anda. Pihak ADMIN tidak akan menukar penaja anda dan sim kad yang baru dibeli boleh digunakan untuk ahli pengguna baru (downline) anda. Pihak ADMIN akan aktifkan akaun anda dengan segera.🙂🙂
“Dream BIG and Keep It SIMPLE”
Posted in ABC LAMAN WEB PROMOSICara Jadi Ahli Program,PELUANG BUAT DUIT!Program Tone Plus | Tagged , | 6 Comments

Tone Plus : Cara Jadi Ahli di MyTonePlus.com

Panduan di bawah adalah bagi mereka yang telah mendaftar PERCUMA di laman web promosiMyTonePlus.com. Jika anda belum lagi berdaftar di laman web tersebut, sila berbuat demikian dahulu. Setelah anda mendaftar percuma, anda dikenali sebagai AHLI PERCUMA laman web kami.
Untuk menyertai kami sebagai ahli Komuniti Mudah Alih WOW, anda perlu mendapatkan sim kad prepaid Pelan Tone Plus. Langkahnya adalah dengan cara melakukan pembelian sim kad tersebut melalui cara-cara yang diterangkan oleh laman web promosi ini di menu LANGKAH ANDA Step By Step. Menu ini boleh didapati di panel kiri dalam Pejabat Maya anda.
1. Mulakan dengan menyemak PEJABAT MAYA anda dahulu. Sila LOGIN dengan memasukkan maklumat ‘username’ dan ‘password’ anda. Jika anda terlupa ‘password’, tekan sahaja butang ‘Lupa password?’ di situ dan ‘password’ anda akan dihantar ke alamat email anda. Seterusnya, jika ‘username’ dan ‘password’ anda betul, anda akan dibawa ke halaman PEJABAT MAYA. (Jika sekiranya anda terlupa kedua-dua ‘username’ dan ‘password’, anda masih boleh mendaftar akaun baru sekali lagi).
2. Di halaman Pejabat Maya seperti di gambar bawah, anda boleh klik menu PEMBELIAN dan melakukan pembelian Sim Kad terus melalui ADMIN laman web ini.
3. Untuk mengetahui keseluruhan langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menjadi ahli  Tone Plus dan mengaktifkan laman web promosi, anda diminta mengikut langkah seperti  disyorkan dalam menu LANGKAH ANDA Step By Step di panel kiri Pejabat Maya anda seperti gambar sebelah kiri. Perlu diingatkan bahawa LANGKAH 1 hingga LANGKAH 4 adalah amat penting dan wajib dilakukan untuk pengaktifan laman web promosi anda.
** Anda boleh membeli Sim Kad terus dari Penaja anda, tetapi pastikan Penaja anda mendapatkan Sim Kad tersebut dari ADMIN laman web promosi ini. Ini kerana salah satu syarat penting pengaktifan laman web  promosi ini adalah Sim Kad anda mesti berasal dari ADMIN laman web ini.
4. Jika anda berada di menu  ‘PEMBELIAN’, anda akan dapat melihat 3 perkara yang perlu anda lakukan dalam melakukan pembelian.
Perkara 1 – Lengkapkan Maklumat Anda. Klik link ‘Klik disini’ dan kemaskinikan segala maklumat peribadi yang dipinta.
Setelah selesai, jangan lupa klik butang ‘UPDATE’ (kotak merah).
Perkara 2 – Seterusnya adalah langkah buat pembayaran. Terdapat 2 buah akaun untuk anda lakukan pembayaran seperti yang tercatit di situ iaitu akaun Bank CIMB dan Maybank. Sila buat pembayaran ke salah satu akaun pilihan anda atas nama Ratubuah DotCom.
Jika anda belum buat pembayaran, sila lakukannya dahulu dan masuk kembali ke ruangan ‘PEMBELIAN’ UPGRADE VIP ini semula setelah pembayaran dibuat untuk melakukan langkah terakhir. Jangan lupa langkah terakhir dibawah ini!
Perkara 3 – Jika anda telah membuat pembayaran, sila hantarkan laporan pembayaran anda kepada kami di ADMIN. Sila isikan semula maklumat-maklumat pembayaran anda seperti yang dipinta di ruangan yang disediakan dan tekan ‘submit’  (hantar).
Pertamanya, maklumat peribadi anda akan tertera disitu untuk pengesahan identiti dan maklumat (gambar bawah). Jika anda dapati maklumat anda tidak dipenuhi, sila isikan dahulu.
Setelah itu, isikan maklumat pembayaran anda di ruangan seperti dibawah dan tekan ‘submit’  (hantar).
Untuk mempercepatkan urusan, anda hanya perlu sms ADMIN mengikut tatacara yang disediakan disitu.
5. Itu sahaja langkah yang perlu diambil. Pihak ADMIN akan meneliti pembayaran anda dan membuat pengesahan pembayaran secepat mungkin dengan menguruskan proses penghantaran Sim Kad kepada anda. Sila hubungi ADMIN di 010 7962696 jika anda tidak menerima sebarang maklumbalas selepas 3 hari (bekerja) pembayaran dibuat.
6. Untuk pengetahuan, anda adalah ahli rasmi Tone Plus apabila anda telah mempunyai nombor ahli seperti ini  – TPA 00xxxx dan username (no IC/passpot) yang boleh digunakan untuk LOGIN laman web rasmi pelan ini iaitu di www.toneplus.com.my .
“Dream BIG and Keep It SIMPLE”
Posted in ABC LAMAN WEB PROMOSICara Jadi Ahli Program,Program Tone Plus | Tagged ,, | 2 Comments