Monday 20 October 2014

Tabiat orang kaya

Salam sejahtera , Untuk email hari ini, saya ingin berkongsi tips dari tuan Faisal Abdullah Harap  dapat baca hingga habis, banyak ,manfaatnya. "Saya ingin berkongsi satu contoh tabiat 'orang kaya'... ...dan bagaimana nak membina tabiat tersebut dengan mudah. "Kualiti tabiat kita, menentukan kualiti hidup kita". Pada era digital ini, jumlah gangguan yang merobek masa kita sungguh banyak. Tapi jika anda sudah membentuk satu tabiat, ia akan dibuat secara automatik tanpa anda sedar! Anda akan berjaya tepis gangguan-gangguan tersebut, dan hidup anda akan lebih teratur. Tendang jauh-jauh. Katakan Goodbye! Tapi jika anda tidak ada tabiat, gangguan ini akan sabotaj hidup anda. Contohnya, katakan anda sudah berniat mahu buat kerja untuk pasarkan bisnes anda. Anda mahu pasarkan di Facebook. Tetapi apabila anda buka Facebook, anda dapati anda ditarik masuk ke dunia lain. Anda pun tak sedar yang 2 jam telah berlalu, dan rupa-rupanya anda belum mula pun lagi kerja pemasaran yang sepatutnya anda buat. Nampak bukan? Baik... sekarang...saya bagi contoh satu tabiat orang kaya. Orang kaya, adalah orang yang sangat fokus. Mereka akan mulakan sesuatu, dan buat sampai habis. Orang kaya akan boleh BERTAHAN dari melayan gangguan dari facebook. Mereka akan membentuk tabiat. Contohnya setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga pukul 9 pagi, mereka akan pergi buat pemasaran di 10 group Facebook berbeza. Setiap hari! Pukul 8 hingga 9, kerja mereka hanya masuk 10 group facebook untuk buat pemasaran. Pada pukul 9, kerja mereka sudah settle. Mereka sudah masuk gear utk buat kerja-kerja lain. Bagi orang kaya, tabiat ini automatik. Mereka buat kerja yang sama setiap hari, dan ia hampir seperti minum air tanpa bernafas. Ia seperti memandu kereta tanpa perlu berfikir. Tapi soalan seterusnya tentu begini: Bagaimana mereka boleh mula membentuk tabiat tersebut? Apa teknik yang mereka pakai? Ini jawapannya. 3 Syarat Membentuk Tabiat Dengan Mudah Syarat pertama: Wujudkan hanya SATU tabiat baru pada satu-satu masa. Jangan cuba membentuk tabiat lain, selagi tabiat pertama belum dibentuk. Saya bagi satu contoh. Katakan anda mahu capai 2 perkara berikut: a) Anda mahu fokus bekerja dari jam 8 hingga 9 untuk buat pemasaran b) Anda nak jogging 30 minit sehari Pastikan anda tidak buat kedua-dua serentak. Pilih salah satu saja dulu, dan pastikan tabiat pertama anda mudah dibuat. Benda yang mudah, akan mudah untuk diulang. Bila ia sudah diulang, ia akan jadi tabiat. Bila tabiat dibentuk, baru mulakan tabiat yang kedua pula. Syarat kedua: Mulakan tabiat itu SEKARANG, atau ESOK. Jangan tangguh. Anda tidak boleh tangguhkan pembentukan tabiat. Setelah anda buat keputusan nak bentuk tabiat yang mana... teruskan sekarang. Syarat ketiga: Jangan LARI dari perancangan. Jika anda mahu kerja pukul 8-9 pagi setiap hari, jangan set appointment pada waktu tersebut. Jangan terima panggilan telefon. Tutup pintu. Masuk bilik di mana tiada gangguan. Jangan sekali-kali benarkan faktor luar mengganggu gugat pembentukan tabiat anda. :) Itu saja syaratnya. PENTING: Sebenarnya bagi saya, nak bentuk tabiat fokus bekerja dari pukul 8 hingga 9 bagi saya tak memenuhi syarat pertama. Kerana ia BUKAN MUDAH. Bagi saya mulakan dengan yang lebih mudah. Iaitu, cuba mulakan dengan tabiat: Dari pukul 8-9, jangan buka facebook. Ia jauh lebih mudah dibuat, berbanding kena "bekerja selama 1 jam". Ikhlas, Faisal Abdullah Berminat untuk berguru dengan tuan Faisal Abdullah? Layari laman ini >>> https://nasihatniaga.aztetic.my/buy/mb2000/14524 Jumpa lagi..... ======================================= Anda telah terpilih untuk menerima tips dan info percuma promosi ToneExcel. Sekiranya anda tidak mahu menerima emel dari saya lagi, klik: http://www.emelmatik.com/member/ea/un.php?c=822316&p=1160&v=4769&w=5615 Malaysia Autoresponder Powered By http://emelmatik.com

No comments:

Post a Comment